Teks Mazmur 151

Tajuk mazmur ini menyatakan bahawa telah ditulis oleh Daud selepas pertempurannya dengan Jalut. Mazmur ini menganggap kebiasaan dengan petikan Alkitab yang lain, dari mana ia mengambil frasaologi. [6]


Mazmur 151 - (Sumber: Gulungan Laut Mati)

1. Akulah yang terkecil di kalangan abang-abangku, akulah yang termuda di kalangan anak-anak ayahku dan akulah si teruna di dalam rumah ayahku. Dia menjadikanku sebagai seorang penggembala bagi kawanan bebirinya dan jua seorang pemerintah ke atas anak-anaknya. Tatkala aku menjaga bebiri ayahku, aku menemukan seekor singa dan serigala. Kalakian, aku membunuh keduanya dan merobek-robek sesudahnya.

2. Tanganku menghasilkan sebatang seruling dan jemariku membentukkan sebuah lira. Demikianlah itu, aku merafakkan puji-pujian kepada Tuhan. Maka, aku berkata di dalam jiwaku:

3. Tidaklah layak bagi gunung-ganang itu untuk bersaksikan dengan-Nya dan tidaklah layak bagi bukit-bukau jua untuk berisytiharkan dengan-Nya. Pepohon umbul itu memuji bicara kalamku, kawanan bebiri jua memuji budi amalku.

4. Siapakah yang berdaya mengisytiharkan serta membicarakan darihal budi amalnya? Siapakah jua yang berdaya menghitung segala amal yang telah dilakukannya?

5. Siapakah yang akan mengadukan kepada Tuhanku? Siapakah yang akan mendengarkan diriku ini? Segala puji bagi Tuhan yang maha mendengar lagi maha melihat, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya, Dia mendengarkan daku dan Dia mendengarkan segalanya.

6. Dia mengutuskan pesuruh-Nya nabi Samuel untuk mengambilku dari kawanan bebiri ayahku seraya mengurapiku dengan minyak urapan-Nya. Dia menyingkirkan daku dari bebiri ayahku untuk mengutuskanku jua menjadikanku unggul.

7. Abang-abangku berangkat untuk menghadap-Nya. Merekalah empunya susuk yang segak dan paras yang tampan.

8. Merekalah jua empunya sarira yang tinggi dan surai yang bahari. Sungguhpun itu, Tuhan Allah tidaklah memilih mereka kerana Dia murka akan mereka.

9. Adapun itu, Dia mengutuskanku sebagai seorang nabi sesudah jemputan-Nya kepadaku dari sebalik kawanan bebiri itu. Dia mengurapiku dengan minyak suci, menjadikanku pemimpin kepada orang-orang punyaan-Nya dan jua pemerintah ke atas anak-anak perjanjian-Nya.

10. Kalakian, aku berangkat untuk menghadap seorang telangkai daripada bangsa Filistin. Tatkala aku bersua dengannya, dia menghamburkan nista dan leta kepadaku dari barisan-barisan musuh jua menyaraukan daku dengan berhala-berhalanya.

11. Dengan kudrat Allah, aku melontarkan tiga biji gemala ke arahnya dan aku menghentam keras dahinya sehingga dirinya itu jatuh tersungkur menyembah bumi.

12. Meskipun itu, aku menghunus pedang miliknya itu dan lantas aku menendas jemalanya dengan pedang punyaannya itu. Demikianlah itu, tersingkirlah sueh dari bani Israel. Demikianlah jua, tersingkirlah geruh dari bait Israel.


Amin.


Mazmur 151 dipelihara dalam bahasa Ibrani, Yunani (LXX), dan Syria .